Total Pageviews

Wednesday, March 20, 2013

Omar Little Store







sedang memulakan sesuatu yang bole menambahkan pendapatan sampingan seperti perempuan yang duduk di rumah dan mempunyai banyak masa terluang...
do chenck all the think that u need it..
and do call me to arder anything u would like :)
selamat membeli :)

Thursday, February 28, 2013

my man

mungkin aku lebih memilih
lelaki yang berambut panjang
tak tau kenape
dari dulu aku macam eeyyuurrrr tak lalu je nak tgk lelaki tanpa rambut..
even aku lepak dgn skinhead......
bercinta dgn skinhead sekalipun
aku tetap tak ada jiwa untuk lelaki botak
hahahahahahah....
makanya dengan itu TUHAN faham ciri2 lelaki idaman aku
DIA temukan aku dgn lelaki ini
(wahh dah macam tajuk lagu anuar zain plak)
aku mmg obses dengan lelaki berambut panjang..
tak kira lah rambut jenis ap sekalipun
yg penting dia mesti berambut pnjang
dan sekarang aku mmg bersama lelaki berambut panjang ini..
dia lah suami aku
dia lah kawan untuk aku bermanja....
bergado......
tempat untuk aku lepas kan marah jugak

Friday, October 19, 2012

persoalan

ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.sungguh. aku faham.
seperti tak ada logika bagi suami isteri itu terlalu cinta.begitu serasi.terlampau bahagia.seolah obsesi.
ye.aku sungguh faham setiap ragu2 kau.
tapi aku orang kampung.dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada."kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita""ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"
kasar, abah ajar aku.keras, dia tanam dalam aku.tersiratnya--kongsi cuma yang gembira--pahit hempedu semua simpan.
aku setuju.
sebenarnya apa untung berkongsi duka?cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.
entah.
secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.
"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.hakikatnya--KITA adalah kawan kita sendiri.
usah menayang sayu.apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"itu.cuma itu dapatmu.paling2-- dibantu buat sementara. masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".
maka cuba.
cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita. tentang suami jahat, kakak ipar cilaka, kawan baik palat, abang kita derhaka.
cuba lebihkan bercerita bahagia.BUKAN dengan bongkak--kerana itu mmg haprak.cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.
wamayyattaqillah--fahua hasbuhu.dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.
hidup tak perlu kaya untuk bahagia.tak perlu besar.tak perlu megah.
cukup sekadar cukup.dan kau akan bertemu bahagia.
memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--tapi yalah--cukup kita CUKUP sekadar cukup.

Wednesday, October 10, 2012

stage mommies

masa tgh main2 bagi fakta, ada yang bagi link pada page "anak paling comel" of some sort.

serius. 
shame on you, stage mommies. 

apa itu stage mommy?
satu terma untuk para ibu yang memasukkan anak2 ke ruang limelight demi utk title plastik seperti "paling cantik", "paling berbakat", "paling itu", "paling ini".

dont get me wrong,
i understand you are proud. 

honest.

aku faham.
tengoklah aku.
hari2 tunjuk muka anak.
maka ye. aku sumpah faham.

nak masuk--
masuk la. xde org marah.

TAPI.
kalau dah anak tak terpilih, mulut tu simpan la.
guna masa makan ke, pakai masa menguap ke.
jangan dok kata anak orang yang dipilih hakim.

anak awak tak terpilih, jangan hina anak orang kurang cantik, lawa, hebat, megah dll macam anak awak yang tak terpilih tu.
kecik hati mak bapak yang anak dia dipilih.

bro.
anak kau tak tau apa pun.
kau yang sentap.
sebenarnya kau yang nak menang.
bukan anak kau.

sebab itu stage moms adalah satu budaya yang dibenci segenap lapisan masyarakat. sbb stage moms lah yang wanabi. out there, sampai ke tahap diracun budak2 kecik dgn sugar supaya derang hyper so nampak jolly and excited-- maka nampak comel. yes. to THAT extend.

dearest friends,
we can make a difference.
kita selalu tak puas hati bila orang beza2kan rupa kita.
maka kenapa teruskan budaya perbandingan anak di kalangan anak2 kita?
our moms and dads fuctup before.
WE DONT HAVE TO CONTINUE THIS.

stop comparing.
stop this STUPID pertandingan yang SUPER PLASTIC dan ridiculously irrelevant.
stop all this.

our children deserve more than all this bullshit.
our children deserve respect.

logik ke?


satu soalan yang super brilliant dari seorang kawan lama diajukan pada khalayak. dan aku sedang rajin nak berbincang tentangnya.

"cium anak di bibir. bincangkan"

bukan sekali didatangi teguran yang menegah perbuatan mengucup anak di mulut. antara hujah2 mereka:

1) tak bagus. cium di mulut nanti anak kuat melawan cakap mak bapak, macam cium di kaki akan menjadikan anak kaki penerajang.
2) berdosa. kerana seksual.
3) tak baik. kerana menggalakkan seksual.
4) tak cantik. sebab itu budaya orang kafir. *insert hadith yang mengatakan meniru budaya kafir itu sama dengan menjadi kafir*

*tepuk kepala*

serius ke?
pergh.
mudah macam GITU je jatuh hukum?

tak bagus. berdosa. tak baik. tak cantik.
macam TU je.

tak ada yang nak nampak kasih sayang.
tak ada yang peduli air jiwa yang mengalir di setiap sedutan nafas anak yang menembusi hidung kecil dan tertumpah ke permukaan bibir anak itu.
tak ada yang nak percaya di luar sana ada berjuta manusia yang suka menyedut bau berbanding sekadar bersentuh demi melafaz sayang.

haih.
penat la aku nak borak pasal prejudis.
sebab ini bukan penyakit malaysia je.
tapi kanser satu dunia.
asal nama manusia, pasti ada busuk hati.

ye. prejudis adalah busuk hati.
yang dialas dengan alasan 'mengikut norma dan hukum'.
kalau kita adalah manusia dengan cinta--
kita akan terima manusia dan buruknya (selagi tak menyusahkan manusia sekelilingnya).

hence my question:
orang cium mulut anak mereka--
kenapa kau yang bernanah?

tak cukup dengan mereka-cipta hukum,
ajukan soalan2 yang vague kepada para ustaz ustazah.
soalan2 yang memang menjemput hukuman yang menampakkan islam ini agama menyusahkan.

beringatlah dengan kaum musa.
tuhan minta korban lembu seekor.
sibuk tanya warna apa, jantan betina, umur berapa.
seekor lembu.
seekor sudah.

kita ni-- suka menyusah.
kenapa?

asal nampak pelik;
budaya kafir.
padahal memilih.
budaya dia suka, tak pulak mau ditanya.
tanya tentang benda dia tak buat.
sahaja.

apebende?
dah lah prejudice, bias pulak tu.

zaman semua benda dihujung jari,
internet dah jadikan satu dunia satu budaya.
bohonglah kalau nak kata kita melayu islam jitu.
bohong.

kita memilih.
budaya yang kita rasa tak apa, kita tak apakan.
macam bersanding.
bertunang bukan main meriah bagai.
tak ke kafir tu?
tak apa pulak?

kita abaikan. sebab bagi kita, itu tak ada connotation menuhankan berhala atau sembahan mereka.
ok.

agama mana yang kata kalau cium mulut anak itu menduakan tuhan?
agama mana yang kata bertindik lidah itu menidakkan shahadah?
agama mana yang kata bertunang gah itu seperti menyambut jesus yang menyebar cinta?

*geleng kepala*

kita main cakap.
tapi kita memilih dalam cakap kita.
benda yang kita sendiri buat--
kita pejam mata.

internet bukan budaya islam.
malah digunakan para kuffar dalam menyebarkan segala dakyah.
berlebih lagi, internet adalah salah satu rancangan beratus tahun free mason.

sekarang.
NAK DISCONNECT?

LENGKAP!!!!!!!!!!!!!!!!!!

segalanya dah tercapai..
dan
ya...sekarang aku dah puas dengan apa yang aku ada...
tapi masih belum sempurna...
cuma selangkah je lagi...
yakin!!!!!!!!!!!!!

aku macam kunang2
bersinar pada malam cuma
tapi jelang siang aku blurr
ntah?
memang kebiasaanya..
tak pe lah..janji aku masih sedar yang aku cuma manusia..bukan robot...


esok aku mesti impikan sesuatu lagi..
jawapanya..
pada suami aku
dia pelengkap segala..
akan dia turut kemahuan aku
tak pernah sekali pun aku kecewa...
sebab,
akan pasti dapat


patut ke rasa bangga?
atau riak?
ataupun khabarkan pada semua?

ntah lagi?
pada aku segala yang aku sampaikan hanya kerana aku mahu semua tahu yang aku da puas..
puas miliki segala impian
semuanya kerana dia(suami aku)


aku langsung tak mampu nak balas apa pun..
cuma aku hanya bisa
balas dengan kasih sayang yang melimpah dalam jiwa
walau aku kasar tak bertempat
menyeringai macam singa tak kira masa
tapi....
dia dah sememangnya tahu
isteri dia memang gila berbicara
tapi selembut sutera bila berdua...


SEMUA DAH TAU..
DIA CINTA AKU SAMPAI MATI
*HINGGA HUJUNG NYAWA......*